Baru semalam rasanya aku kenal kamu...dan Baru semalam juga rasanya kamu pergi...Dan aku nak kamu tau yang walaupon sekejap kenangan itu sentiasa ada bersama aku..
Friday, 27 January 2012
Friday, 13 January 2012
"thanx for being my frenz"
Valuing friendship is not merely by seeing each other everyday...
What's more important is in our busy life's...
We still remember each other.....

Thursday, 12 January 2012
Kisah si Bomoh
Kisah Benar....tapi bukan saya yang disebutkan
bukan saya la........
Sebuah kisah antara saya dan bomoh....sekadar untuk menguji sejauh mana syaitan dan kesesatan yang
dilakukan oleh mereka-mereka ini....
Saya telah mendengar kisah seorang bomoh yang handal dalam mengenakan orang lain (dengan sihirnya) seperti
melingkupkan perniagaan orang lain. Bomoh ini amat terkenal kerana sering berjaya membuatkan perniagaan
orang lain hancur....nauzubill ah...
Saya terpanggil untuk bertemu dan kononnya ingin sekali melingkupkan perniagaan seseorang. Maka
terjadilah dialog sebegini antara saya dan bomoh handal tersebut.
saya: Semenjak perniagaan si polan itu dibuka, saya lihat hampir setiap hari pelanggannya datang malah
kadangkala jumlahnya terlalu ramai...
bomoh itu mendengar dengan teliti sambil mengangguk-angguk kepala. (aksinya seperti seorang
profesor sedang berfikir dan kelihatan handal)
saya: Rasa sakit hati dengan perniagaan mereka dan saya ingin tok bomoh lingkupkan perniagaannya agar
pelanggan berlaih pula ke kedai sekitarnya pula.
bomoh tadi berasa hairan lantas bertanya kepada saya."anak ini berniaga kah?"
saya menjawab: tidak. saya hanya.......
mendengar jawapan saya, bomoh tadi makin hairan.
"biasanya jika orang berniaga sahaja yang datang untuk melingkupkan perniagaan saingan tetapi anak ini
mahukan orang lain yang mendapat untung padahal anak ini tidak berniaga sama. Mengapa pula begitu?"
Saya: Saya kasihan dengan perniagaan kedai makanan lain. sejak si polan ini berniaga, peniaga kecil di
sekitarnya kurang mendapat pelangan. saya mahu si polan tadi lingkup dan pastinya pelangan yang lain
akan beralih pula kepada kedai-kedai kecil ini.
bomoh tadi mengangguk. wajahnya nampak serius benar.
"baiklah. kalau anak mahukan pak cik lingkupkan perniagaan mereka, anak perlu bawa barang-brang ini"
lalu si bomoh menyebutkan peralatannya untuk mengenakan sihir terhadap si polan tadi.
"sebelum itu, anak kena dapatkan nama pemiliknya, atau nama kedai sahaja sudah cukup. biar pak cik ajar
cukup-cukup.
saya: ada...nama pemilik saya kurang pasti tetapi nama kedainya cukup saya ingat...
"bagus. senang kerja pak cik. apa nama kedai yang anak hendak kenakan ini?" tanya bomoh tadi.
saya: er..Mcdonald dan KFC.....
Serta merta wajah bomoh tadi bertukar merah. Marahnya bukan kepalang dengan saya. katanya saya ingin
mempermainkannya tetapi saya menjawab.
"Saya benar-benar pakcik. saya mahu membantu golongan perniagaa kecil di luar sana . Kalau boleh tutup
McDonald dan KFC itu, tentu pelangan akan beralih angin ke kedai lain....(dalam hati saya tertawa besar) Kemudian tidak perlu saya terangkan lain dan sekadar saya katakan bomoh ini belum handal dan syaitannya
juga belum mampu melingkupkan perniagaan besar sebegitu.... moralnya. ..mereka ini hanya bermain silap
mata. "sesungguhnya syaitan itu tidak berkuasa ke atas sesiapa..... hanya mengunakan tipu daya sahaja...dan
bagi mereka yang percaya tentang perkara ini...kembalilah pada Allah dan atur semula perniagaan
yang pernah anda anggap sebagai dikenakan sihir oleh si polan dan si polan lain. dengan ilmu kita boleh
maju dan dengan ilmu (jika tidak digunakan dengan betul) kita boleh lingkup juga....atur startegi
perniagaan dan amanah..InsyaAllah anda semua akan maju..Wallahualam. ...maaf andai ada yang tersinggung
dan saya hanya insan kecil yang tidak mampu untuk melakukan apa-apa kecuali dengan iznNYa...

Wednesday, 11 January 2012
Tanpa Kita sedar
Tanpa kita sedar masa terus berlalu meninggalkan kita dan kita pula asyik leka, alpa dan asyik dengan duniawi
Tanpa kita sedar sudah banyak wang ringgit kita habiskan untuk
berfoya-foya namun sedikit sangat amal jariah kita terhadap mereka yang
memerlukan
Tanpa kita sedar selama kita bercakap akan keburukan orang lain akan
tetapi kita dibutakan dari melihat kelemahan dan kedaifan diri sendiri
Tanpa kita sedar peluang sudah diberi untuk berjaya namun kita angkuh dan meremehkannya lalu rebah tersungkur ke jalan kegagalan
Tanpa kita sedar nasihat sudah mengunung diberikan kepada kita tetapi
kita memekakkan telinga dan menahan hati darinya lalu kita mudah digoda
dan disesatkan
Tanpa kita sedar dosa menimbun dan makin bertambah, akan tetapi kita
sering lupa untuk bertaubat sedangkan pintu taubat sentiasa terbuka
Tanpa kita sedar mata dikurnia memperlihatkan ciptaanNya , sebaliknya kita merosakkannya dengan pandangan hina dan jahil
Tanpa kita sedar mulut diberi hak berbicara agar sentiasa melafazkan
kata-kata zikir kepadanNya, sebaliknya kita mempergunakannya dengan
berkata-kata dengan perkataan lagha
Tanpa kita sedar telinga diberi hak untuk mendengar alunan kalam
suciNya , sebaliknya kita memperlakukannya dengan menerima berita-berita
fasik dan fitnah
Tanpa kita sedar kaki dan tangan yang sempurna dikurniakan agar
melakukan ibadat kepadaNya sebaliknya kita terpelangkup dalam dunia
kemaksiatan
Tanpa kita sedar kita selalu menyalahkan takdir walhal kita diberi peluang dalam mengubahnya
Tanpa kita sedar kita selalu lupa akan Allah, namun Allah tidak pernah sesekali melupakan hambaNya
Tanpa kita sedar kita sering mengatakan keseorangan padahal Allah sentiasa bersama kita sepanjang masa
TANPA KITA SEDAR KITA SUSAH UNTUK TERSEDAR DARI KEASYIKAN DUNIAWI KEPADA KESEDARAN MENGINGATI ALLAH DAN RASULNYA....
Itulah kita yang seringkali harus disedarkan secara berulangkali agar tidak jauh dari hidayahNya....
Dan Tanpa Kita Sedar
Allah itu sentiasa menyayangi hambaNya yang soleh dan taat kepadaNya
Subscribe to:
Comments (Atom)